Suami isteri melecur, kedai jual bahan sembahyang terbakar
Suami isteri melecur, kedai jual bahan sembahyang terbakar

KUALA KRAI: Suami isteri melecur selepas kedai menjual bahan sembahyang milik mereka dekat Central Park di sini terbakar malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.30 malam dan operasi memadam kebakaran membabitkan 21 anggota dari BBP Kuala Krai, Sungai Durian dan Pasukan Bomba Sukarela Guchil.
“Setibanya di lokasi, premis terbakar kira-kira 90 peratus.
“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk menerima rawatan lanjut kerana dipercayai melecur akibat kebakaran itu,” katanya ketika ditemui BERNAMA di lokasi.
Seorang saksi, Nur Husna Hamat, 23, berkata ketika kejadian dia bersama rakannya, Mazlin Izzati Che Mat Nawi, 22, sedang bekerja di kedai runcit bersebelahan kedai milik mangsa.
“Tiba-tiba kami terdengar letupan sangat kuat sebelum mendapati api merebak keluar dari kedai sebelah,” katanya, yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
Suami isteri melecur selepas kedai menjual bahan sembahyang milik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.