PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin

KUALA LUMPUR, 2 April — Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan bahawa persidangan cawangan UMNO bukan sekadar mesyuarat tahunan, sebaliknya merupakan medan penting untuk bermuhasabah, menilai kekuatan serta kelemahan parti dan memperbaharui tekad perjuangan.
Jelasnya, persidangan tersebut juga menjadi pentas terakhir sebelum parti menghadapi medan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)ke-16.
“Hakikatnya, inilah juga pentas mesyuarat terakhir kita sebelum menuju medan besar PRU-16. Justeru kita tidak boleh lagi berada di zon selesa.
“Kita perlu berani mengakui kelemahan, bersedia berubah dan bangkit dengan kekuatan baharu. Perjuangan ini tidak akan berjaya jika kita bergerak secara bersendirian.
“Kemenangan hanya akan lahir daripada kesatuan saf, disiplin jentera dan kesungguhan seluruh ahli di setiap cawangan,” katanya menerusi satu kenyataan di facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, turut menyeru seluruh ahli UMNO, khususnya di Bahagian Bukit Gantang, agar terus memperkukuh perpaduan, memperbetulkan langkah dan bergerak dengan satu matlamat iaitu mengembalikan kekuatan parti.
“Saya menyeru seluruh ahli UMNO, khususnya di Bahagian Bukit Gantang, agar kita satukan saf, perbetulkan langkah, dan bergerak dengan satu matlamat, mengembalikan kekuatan parti yang kita cintai,” katanya lagi.
Beliau menambah, kebangkitan parti boleh bermula dari akar umbi sekiranya setiap ahli benar-benar ikhlas dalam bermuhasabah, berani melakukan perubahan dan bersatu dalam perjuangan.
“Jika kita benar-benar ikhlas bermuhasabah, berani berubah dan bersatu, Insya-Allah kebangkitan itu akan bermula dari akar umbi,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh cawangan UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 26 Februari lalu telah memaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan akan diadakan bermula 1 April hingga 17 Mei 2026 manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online
PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.