Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah

Tangkap layar video tular kemalangan sebuah kereta dan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam yang menyebabkan dua penunggangnya parah

KUALA LUMPUR: Dua lelaki parah apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi semalam.

Seorang daripada mangsa iaitu penunggang motosikal berusia 24 tahun, putus kaki kiri manakala seorang lagi yang berusia 19 tahun patah tangan dan kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan berlaku pada jam 4.27 pagi membabitkan kereta jenis Honda City dan dua motosikal Yamaha Y15ZR.

Ujian alkohol dijalankan terhadap pemandu kereta itu dan didapati tidak melebihi had ditetapkan, manakala ujian saringan air kencing sedang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua motosikal ditunggang dua lelaki tempatan itu sedang melintasi persimpangan dengan lampu isyarat hijau.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat

“Bagaimanapun, sebuah kereta dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun, yang datang dari arah kanan dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kedua-dua motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Zamzuri berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala pemandu kereta itu dipercayai menghilangkan diri.

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang berada di lokasi kejadian tampil membuat laporan polis dan dirakam percakapan sebagai saksi.

“Hasil tindakan lanjut, pemandu kereta itu berjaya dikesan dan ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kundang, Rawang, Selangor pada jam 1 tengah hari.

“Pemandu kereta cedera ringan di bahagian tangan, manakala seorang penumpang kereta itu turut cedera di kepala,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu kereta yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker