Nahas ragut nyawa 3 sekeluarga: Pemandu treler ditahan positif dadah
Nahas ragut nyawa 3 sekeluarga: Pemandu treler ditahan positif dadah

SEGAMAT: Pemandu treler yang merempuh belakang van dinaiki lima sekeluarga hingga mengorbankan tiga nyawa termasuk suami isteri didapati positif dadah jenis methampethamine.
Ia susulan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap pemandu berusia lingkungan 20-an itu sejurus kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 210, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat Simpang Taman Golden Hill, Gemas Baru, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, berkata siasatan yang sebelum ini dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini bertukar kepada Seksyen 44 (1) (a) akta sama.
“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Segamat pagi ini,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
Dalam nahas kira-kira jam 4 petang, suami isteri serta seorang ahli keluarga maut selepas van dinaiki terbabit kemalangan dengan treler dan lori kargo.
Mohd Jumazanzahir berkata, dua mangsa maut di lokasi adalah pemandu van berusia lingkungan 70-an serta dua penumpang berusia 20-an hingga 60-an.
Ketiga-tiga mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan.
Dua lagi penumpang van yang parah dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.
Nahas ragut nyawa 3 sekeluarga: Pemandu treler ditahan positif dadah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.