Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas

KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan Negeri Kedah tidak mempunyai pelan yang jelas untuk menyelesaikan krisis bekalan air di negeri tersebut dan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor lebih bersifat kepada pengurusan persepsi.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, rakyat wajar diberi jawapan mengenai perkembangan naik taraf loji rawatan air (LRA) sedia ada.
“Klasik sungguh skrip Menteri Besar, mohon maaf dan janji sedang diusahakan … sebelum raya beliau dengan gahnya mengesahkan bahawa tidak akan ada masalah air menjelang musim perayaan
“Namun hakikatnya persoalan pokok gagal dijawab iaitu kenapa masalah ini kekal berlarutan dan apakah status projek naiktaraf LRA yang sepatutnya siap mengikut jadual? Kemegahan LRA Lubuk Buntar tidak wajar dijadikan ‘trophy’ kemenangan oleh kerajaan negeri kononya mereka telah berjaya menyelesaikan permasalahan air di Negeri Kedah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
“Realitinya permohonan maaf tanpa akauntabiliti adalah ibarat tin kosong. Rakyat wajar diberi jawapan akan perkembangan naik taraf LRA sedia ada, apa pelan jangka masa sederhana dan siapa yang gagal menjalankan tanggungjawab untuk ‘trouble shoot’ apabila berlaku krisis air dikawasan-kawasan tertentu. Kalau tak puas hati tolong tanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, adakah beliau berpuas hati atau tidak?” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, rakyat Kedah berhak mendapat jawapan yang berorientasikan tindakan, bukan sekadar janji umum dan permohonan maaf.
“Kedua, frasa seperti ‘usaha berterusan’ dan ‘penyelesaian berperingkat’ terlalu kabur. Ini bahasa birokrasi yang sering digunakan untuk melengah-lengahkan penilaian awam. Rakyat Kedah tidak perlukan jargon, mereka perlukan garis masa yang jelas … bila masalah ini akan selesai sepenuhnya?
“Ketiga, kenyataan ini seolah-olah cuba menormalisasikan penderitaan rakyat. Apabila disebut rakyat ‘terpaksa mencatu air dan simpan dalam tong’, itu bukan sekadar kesulitan kecil, itu adalah kegagalan asas dalam penyediaan utiliti. Air bersih adalah keperluan asas, bukan kemewahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
“Kesimpulannya, nyata Kerajaan Negeri tidak mempunyai pelan yang jelas, ianya lebih bersifat kepada ‘pengurusan persepsi’ daripada penyelesaian sebenar. Rakyat Kedah berhak mendapat jawapan yang lebih tegas, telus dan berorientasikan tindakan, bukan sekadar janji umum serta permohonan maaf yang bersifat ingin mencapai ‘kelegaan politik’ sementara,” katanya lagi.
Tambahnya, beliau mendapat maklumat bahawa LRA Bukit Selambau telah pun ditamatkan dan proses untuk melantik kontraktor penyelamat akan memakan masa serta kos.
“Ketika penulisan ini dibuat, saya dapat maklumat kontraktor LRA Bukit Selambau telah pun ditamatkan, jadi proses nak lantik kontraktor penyelamat akan memakan masa, ditambah pula kos terkini yang semakin meningkat.
“Bertabahlah rakyat Tanjung Dawai, Sungai Lalang dan Ambangan Heights. Apa pun yang paling penting, Menteri Besar kita hebat berkaraoke, berkabadi dan buka lemang,” katanya lagi. – UMNO Online
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.