Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin dan kenderaan parkir di kawasan sekolah
Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin dan kenderaan parkir di kawasan sekolah

KULIM: Seorang guru berdepan detik cemas apabila keretanya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar kantin dan sebuah lagi kenderaan ketika berada di kawasan parkir sebuah sekolah menengah, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 6.25 pagi ketika guru lelaki berusia 55 tahun itu masih berada dalam kereta baru diparkirnya.
Beliau berkata, kereta itu didakwa tiba-tiba hilang kawalan lalu berundur ke belakang secara mengejut dan melanggar kantin sekolah.
“Guru terbabit cuba mengawal semula kereta itu ke depan tetapi gagal menyebabkan ia melanggar sebuah kenderaan milik guru lain yang parkir di hadapan pula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian guru itu gagal mengawal keretanya.
“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian ‘bumper’ hadapan dan belakang, bonet, fender hadapan, serta lampu kanan dan kiri hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, guru terbabit dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan.
Katanya, kes disiasat mengikut RULE 10 LN 166/59.
Kereta guru hilang kawalan, langgar kantin dan kenderaan parkir di kawasan sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.