Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat menegaskan bahawa kekuatan parti itu terletak pada keikhlasan setiap ahlinya dalam memperjuangkan agenda parti dan rakyat.
Ujarnya, persidangan cawangan yang berlangsung sekarang ini bukan sekadar memenuhi rutin tahunan, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menyatukan semula saf kepimpinan dan ahli di semua peringkat.
“Saya percaya, kekuatan UMNO terletak pada keikhlasan kita semua. Dari sinilah lahirnya idea, teguran dan pandangan yang jujur. Maka, jadikanlah persidangan ini sebagai platform terbaik untuk menyatukan semula kekuatan antara kita.
“Persidangan ini adalah rutin tahunan kita, dan merupakan medan penting untuk kita bermuhasabah, memperkukuhkan saf perjuangan serta membawa suara akar umbi ke landasan yang tepat.
“Gunakan ruang ini untuk berbincang dengan hikmah, berbeza pandangan dengan adab, dan membuat keputusan dengan pertimbangan yang matang demi masa depan parti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata persidangan cawangan merupakan platform penting untuk ahli menilai kekuatan organisasi, memperkemas gerak kerja serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan anggota parti di peringkat akar umbi.

“Saya ingin mengajak kepada seluruh ahli parti agar kita semua menghadiri persidangan UMNO cawangan bagi tahun 2026, dengan penuh rasa tanggungjawab, semangat perjuangan dan kematangan dalam berpolitik.
“Gunakan tempoh ini sebaiknya untuk memperkemas gerak kerja, memperkukuh perpaduan dan menyusun langkah ke hadapan. Selamat bersidang kepada seluruh ahli UMNO di peringkat cawangan di negeri Terengganu dan seluruh negara,” jelasnya.
Persidangan UMNO Cawangan dijadualkan berlangsung bermula 1 April hingga 17 Mei 2026, manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pula akan diadakan dari 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online
Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.