Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti

SEREMBAN, 2 April – Ahli-ahli UMNO diseru agar menjadikan Mesyuarat Cawangan 2026 sebagai ruang penting untuk memperkukuhkan organisasi melalui proses muhasabah, penambahbaikan serta penyusunan gerak kerja yang lebih tersusun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, setiap peringkat parti perlu memanfaatkan platform mesyuarat cawangan sebagai medan memperbaiki kelemahan dan memperkemas strategi gerak kerja di lapangan.
Beliau menegaskan bahawa kekuatan parti bergantung kepada keupayaan ahlinya untuk menilai semula pendekatan semasa secara berterusan dan bersedia melakukan perubahan yang diperlukan demi kelangsungan perjuangan.
“Gunakanlah ruang ini untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan merangka gerak kerja yang lebih tersusun demi memastikan UMNO terus relevan serta kekal sebagai wadah perjuangan rakyat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau telah menghadiri mesyuarat melibatkan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan petang semalam bagi membincangkan pengukuhan parti serta hala tuju strategi semasa di peringkat negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan berlangsung di Wisma UMNO Negeri Sembilan, Seremban.

Mohd Zaidy menegaskan bahawa pentingnya memperkukuh perpaduan serta menyusun gerak kerja parti dengan lebih terancang dan berkesan.
“Saya turut hadir bersama dalam mesyuarat ini sebagai tanda komitmen dan sokongan dalam memperkukuhkan gerak kerja serta perpaduan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.
“Semoga segala perancangan yang dibincangkan akan memberikan manfaat terbaik kepada rakyat dan memastikan kestabilan serta kemajuan negeri terus terpelihara,” katanya lagi. – UMNO Online
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
You must be logged in to post a comment.