Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam

Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam

Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam

KUALA LUMPUR, 1 April – Tragedi kemalangan maut di Klang yang meragut nyawa Allahyarham Amirul Hafiz Omar akibat tindakan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah adalah satu nota duka yang amat mendalam bagi negara.

Peguam jenayah, Nik Saiful Adli Burhan menegaskan, dalam mendalami kemarahan awam yang menuntut hukuman lebih keras, negara harus meneliti isu ini melalui kacamata perundangan yang objektif dan rasional.

Katanya, cadangan agar hukuman mati atau penjara seumur hidup dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu dinilai secara teliti dalam kerangka undang-undang jenayah.

“Desakan agar hukuman mati atau penjara seumur hidup dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian tidaklah semudah itu. Semata-mata kerana ada kematian bukanlah bermaksud bunuh mengikut tafsiran undang-undang.

“Secara prinsipnya, hukuman sedia ada di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara 10 tahun sudah memadai dan bersifat substantif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri


“Dalam falsafah perundangan jenayah, terdapat satu tahap optimum di mana hukuman berfungsi sebagai seksaan (punishment) kepada pelaku. Namun, menaikkan hukuman sehingga ke peringkat ekstrem adalah satu tindakan ‘overkill’ yang tidak menjamin keberkesanan dari sudut pencegahan (prevention),” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Pengerusi, Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan menegaskan sudah tiba masanya kerajaan memulakan perbincangan serius mengenai pengharaman arak secara total atau sekurang-kurangnya mengetatkan kawalan penjualan secara drastik.

“Tiada manfaat signifikan minuman keras melainkan ia membawa bencana sosial, bukan sahaja dalam perspektif Islam, malah diakui oleh pelbagai agama dan budaya sebagai punca keruntuhan moral dan keselamatan.

“Sebagaimana analogi perubatan, ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’. Menghukum pesalah selepas nyawa melayang hanyalah satu tindakan reaktif. Kita perlu bersifat proaktif dengan melihat punca utama masalah ini iaitu aksesibiliti dan pengambilan minuman keras.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


“Undang-undang seharusnya digubal untuk mendidik masyarakat dan mengekang jenayah daripada berulang, bukannya sekadar instrumen untuk memuaskan nafsu amarah atau membalas dendam semata-mata,” jelasnya.

Ujarnya, sejarah membuktikan bahawa hukuman berat yang tidak disertai dengan reformasi punca masalah gagal menoktahkan kitaran jenayah tersebut.

Mengulas lanjut, beliau yang Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh menjelaskan sebagai contoh kerajaan Berjaya mendidik masyarakat menjauhi rokok yang ketat, sekatan drastik terhadap kaedah jualan dan promosi dan normalisasi gaya hidup tanpa rokok.

“Jika model kawalan ketat dengan sekatan tokok yang ketat dapat dibendung, tidak mustahil minuman keras dapat diimplementasikan, baik dari segi keterbukaan jualan mahupun lokasi pengambilan, secara langsung akan menghapuskan kewujudan individu mabuk di ruang awam.

“Apabila tiada pemabuk, maka risiko pemanduan di bawah pengaruh alkohol akan terhapus dengan sendirinya.Hukuman berat semata-mata adalah tuntutan emosi yang tidak akan mengakhiri tragedi. Kita tidak memerlukan pemabuk, sama ada di atas jalan raya mahupun di luar jalan raya,” jelasnya lagi.

Seterusnyaka kata beliau lagi, kerajaan harus lebih berani mengekang terus penjualan dan peredaran arak demi keselamatan dan kesejahteraan keluarga Malaysia.

“Fokus utama haruslah kepada keselamatan nyawa rakyat, melebihi kepentingan ekonomi atau kebebasan peribadi yang membawa mudarat umum,” ujarnya lagi.

Hari ini, tertuduh, Saktygaanapathy Ravichandran, didakwa menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar, mengaku bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Beliau direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati. – UMNO Online

Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker