Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk

KUALA LUMPUR, 1 April – Mesyuarat Cawangan UMNO adalah kekuatan sebenar parti dan menjadi tempat suara akar umbi dibentuk serta diperjuangkan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis berharap agar ruang persidangan tersebut digunakan secara berhikmah untuk memastikan UMNO terus relevan dan diyakini rakyat.
“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO di peringkat Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara.
“Cawangan adalah kekuatan sebenar parti, tempat suara akar umbi dibentuk dan diperjuangkan. Gunakan ruang persidangan ini dengan penuh hikmah dan semangat untuk memperkukuh perpaduan serta memastikan UMNO terus relevan juga diyakini rakyat.
“Semoga setiap perbincangan membawa manfaat, setiap pandangan menyatukan, dan setiap keputusan menguatkan masa depan parti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat
- Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf
Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas
Pada 26 Februari, media melaporkan Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi satu kenyataan, beliau turut memaklumkan bahawa Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan pada 1 April sehingga 17 Mei 2026 manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan diadakan pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026. – UMNO Online
Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
You must be logged in to post a comment.