Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 2 April – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berpandangan bahawa Mesyuarat Cawangan UMNO yang sedang berlangsung perlu dijadikan sebagai medan untuk ‘reset’ jentera pilihan raya bagi menghadapi cabaran mendatang.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mustapha yang dikenali sebagai ‘Pas Mus’ menegaskan bahawa institusi cawangan adalah kekuatan sebenar UMNO kerana ia merupakan sumber kesetiaan ahli-ahli parti.

“Selamat bersidang Pak Mus ucapkan kepada seluruh perwakilan UMNO yang menghadiri Mesyuarat Cawangan UMNO di seluruh Malaysia bermula 1 April hingga 17 Mei 2026.

“Institusi cawangan adalah akar kekuatan sebenar UMNO kerana di sinilah terbinanya kesetiaan, semangat perjuangan dan kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi. Pak Mus berharap persidangan kali ini dapat memperkukuhkan perpaduan dan menyuntik semangat baharu agar UMNO terus kekal relevan serta diyakini rakyat.

“Mesyuarat kali ini juga perlu dijadikan medan untuk membuat penilaian dan ‘reset’ jentera pilihan raya supaya lebih tersusun, bersedia serta berkesan menghadapi cabaran akan datang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol turut berharap agar akar umbi menggunakan persidangan tersebut sebagai ruang untuk menzahirkan buah pemikiran bagi memperkuat semula parti.

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

“UMNO adalah milik semua ahli terutamanya mereka di peringkat cawangan yang menjadi tulang belakang perjuangan parti, bukan milik kepimpinan tertinggi semata-mata. Gunakan ruang persidangan ini untuk menyuarakan pandangan secara matang, memperbaiki kelemahan dan merancang gerak kerja yang lebih mantap.

“Nasihat Pak Mus, jadikanlah persidangan ini sebagai ruang untuk berfikir dengan hati yang jujur dan niat yang ikhlas. Ingatlah perjuangan kita bukan hanya untuk kemenangan politik tetapi untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan kepercayaan mereka tidak disia-siakan.

“Semoga semua mesyuarat berjalan lancar dan menjadi titik tolak kepada kekuatan UMNO yang lebih padu demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.

Pada 26 Februari, media melaporkan Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


Menerusi satu kenyataan, beliau turut memaklumkan bahawa Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan pada 1 April sehingga 17 Mei 2026 manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan diadakan pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026. – UMNO Online

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker