FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid

FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid

FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-60 kepada FELCRA, sambil memuji peranan agensi itu dalam membangunkan komuniti luar bandar sejak enam dekad lalu.

Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, tempoh 60 tahun merupakan satu perjalanan panjang yang sarat dengan kisah pengorbanan serta perubahan besar yang dirasai oleh ribuan keluarga di kawasan pedesaan.

“FELCRA bukan sekadar membangunkan tanah, tetapi turut membina kehidupan. Daripada tanah yang diusahakan, lahir sumber rezeki, peluang ekonomi serta masa depan yang lebih baik untuk masyarakat desa,” katanya dalamhantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan FELCRA kini semakin berkembang seiring perubahan landskap semasa, termasuk sebagai pemacu utama dalam agenda keterjaminan makanan negara dan kesejahteraan luar bandar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri


Tambahnya, FELCRA kini dilihat sebagai “strategic nation builder” yang kekal relevan dalam menyokong transformasi sektor agroekonomi negara.

Ahmad Zahid berkata, dengan pengalaman luas serta pendekatan yang sentiasa diperbaharui, beliau yakin FELCRA mampu terus menjadi peneraju dalam pembangunan agroekonomi Malaysia.

Beliau juga menzahirkan harapan agar FELCRA terus memperkasa komuniti luar bandar melalui model pembangunan yang inklusif dan mampan, demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.

“Selamat ulang tahun ke-60 kepada seluruh warga FELCRA,” katanya lagi. – UMNO Online

FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker