Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan

Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan

Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan insiden penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk dan dadah sebagai sesuatu yang amat membimbangkan serta tidak boleh dianggap sebagai kemalangan biasa.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata berkata, tragedi seperti ini perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa rakyat yang tidak berdosa.

“Tragedi penunggang motosikal dirempuh pemandu mabuk di bawah pengaruh dadah perlu dipandang serius.

“Ini bukan lagi sekadar kemalangan. Ini adalah kegagalan sistem dalam melindungi nyawa rakyat daripada individu yang jelas memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

“Jangan kita berselindung di sebalik istilah “kemalangan” kerana ianya adalah jenayah yang meragut nyawa,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


Razlan turut menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lebih tegas tanpa kompromi dalam menangani isu berkenaan.

Menurut beliau, lebih mengecewakan apabila kes seumpama itu bukan kali pertama berlaku, malah semakin kerap didengar dengan mangsa tidak bersalah menjadi korban sedangkan pelaku masih mempunyai ruang untuk merayu dikurangkan hukuman.

“Kita sudah terlalu kerap mendengar cerita sama, mangsa tidak bersalah menjadi korban, manakala pelaku masih ada ruang untuk merayu, mengurangkan hukuman atau akhirnya kembali ke jalan raya. Sampai bila?

“Saya menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk berhenti berlembut dalam isu ini. Undang-undang seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 mesti dikuatkuasakan dengan ketegasan maksimum, bukan sekadar di atas kertas,” tegas beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Beliau turut menggariskan beberapa cadangan tegas bagi menangani isu berkenaan, antaranya mengenakan hukuman maksimum tanpa kompromi bagi kes melibatkan kematian, memperkenalkan penggantungan lesen memandu seumur hidup bagi kes serius serta menetapkan hukuman penjara mandatori tanpa pilihan denda.

Selain itu, beliau mencadangkan agar penggunaan teknologi seperti sistem pengesan alkohol (alcohol interlock) bagi pesalah berulang dikaji, di samping memperhebat kempen kesedaran awam dengan pendekatan yang lebih berkesan dan realistik. – UMNO Online

Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker