SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar

SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar

SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 atas keputusan yang amat membanggakan.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana prestasi tahun ini amat memberangsangkan apabila seramai 13,779 calon berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi luar biasa para pendidik, serta doa dan sokongan berterusan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak.

“Sebagai individu yang menggalas amanah terhadap MARA, saya amat berbangga dengan pencapaian seramai 7,636 calon SPM daripada 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terus mencipta kecemerlangan termasuk 80 orang calon MRSM yang berjaya memperoleh semua A+ dalam peperiksaan SPM 2025,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya lagi lebih membanggakan, keputusan SPM 2025 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.067 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


Menurut beliau sebanyak 5 buah MRSM berada dalam kelompok teratas terbaik secara keseluruhan, mengatasi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah-sekolah harian lain di seluruh negara.

“Alhamdulilah, ini menjadi bukti jelas bahawa MRSM kekal sebagai institusi peneraju kecemerlangan pendidikan negara.

“Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan MRSM sebagai penanda aras kecemerlangan, khususnya dalam melahirkan bakat-bakat dari luar bandar yang bukan sahaja mampu bersaing di peringkat nasional, malah berpotensi untuk menembusi pentas global,” ujar beliau.

SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar

Sementara itu, lebih membanggakan satu pencapaian yang amat membanggakan apabila empat pelajar Orang Asli berjaya memperoleh keputusan 9A, manakala seramai 114 pelajar mencatat keputusan cemerlang 5A ke atas, meningkat daripada 87 pelajar pada tahun lalu.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan JAKOA bersama pelbagai agensi dalam memperkasa pendidikan komuniti Orang Asli, dengan memastikan setiap pelajar mendapat perhatian serta peluang yang saksama tidak kira di mana mereka berada.

“Tambahan itu, hasil pelbagai inisiatif berterusan Kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata berdasarkan Gred Purata Kebangsaan (GPK),” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Bagaimanapun katanya apa jua keputusan yang diperoleh, ia bukan penamat tetapi permulaan kepada perjalanan masa depan yang lebih besar.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai laluan pendidikan, sama ada melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, mahupun melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Melalui institusi seperti TVETMARA, GIATMARA dan lain-lain, para pelajar kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk meneroka potensi diri melalui ekosistem UP_TVET yang lebih tersusun dan menyeluruh.

“Hari ini, TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya telah menjadi arus perdana baharu dalam membina tenaga kerja mahir, berpendapatan tinggi serta relevan dengan keperluan industri masa hadapan. Malah, seramai 53.9 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih laluan TVET,” katanya lagi. – UMNO Online

SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker