Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Kerajaan Negeri Johor sedang memperincikan langkah dan pendekatan bersasar untuk mengurangkan beban dirasai rakyat akibat krisis yang berlaku di Timur Tengah.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat.
“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menekankan kepentingan kesejahteraan rakyat.
“Dalam keadaan dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik dan peperangan di Timur Tengah, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah awal serta tersusun untuk memastikan kebajikan Bangsa Johor terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap memaklumkan bahawa beberapa inisiatif komprehensif dan berimpak tinggi akan diumumkan dalam masa terdekat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy
- Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor
- Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan
Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak
“Sehubungan itu, saya bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Johor sedang memperincikan langkah dan pendekatan bersasar untuk mengurangkan beban yang dirasai rakyat.
“Insya-Allah, beberapa inisiatif komprehensif dan berimpak tinggi akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Semoga setiap perancangan ini dapat dilaksanakan dengan teliti demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, sambil memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang seimbang dan mampan. Insya-Allah,” katanya. – UMNO Online
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
You must be logged in to post a comment.