Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini

Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini

Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyifatkan lawatan kerja ke SD Guthrie Berhad di Pulau Carey sebagai platform penting mendalami secara menyeluruh rantaian industri minyak sawit negara.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata ia membuka ruang untuk melihat dengan lebih dekat keseluruhan ekosistem industri sawit, daripada sektor huluan sehingga ke peringkat hiliran.

“Lawatan ini membuka ruang untuk saya melihat dengan lebih dekat keseluruhan rantaian industri minyak sawit negara daripada sektor huluan sehinggalah ke peringkat hiliran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, program dimulakan dengan sesi pembentangan korporat oleh Pengarah Urusan Kumpulan SD Guthrie Berhad, Haris Mohd Arshad sebelum diteruskan dengan lawatan ke Makmal Innovation Centre Asia (ICA) bagi meninjau perkembangan terkini penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri berkenaan.

Kemudiannya lawatan turut diteruskan ke kawasan ladang, bagi menyaksikan demonstrasi operasi lapangan daripada aktiviti penuaian, kaedah pengangkutan hasil, pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP), sehinggalah penggunaan teknologi dron.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


“Saya juga berpeluang meninjau fasiliti SD Guthrie International Biodiesel Sdn. Bhd. Melihat sendiri proses pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit yang menggunakan teknologi terkini dan menepati piawaian kemampanan memberi keyakinan bahawa industri ini berada di landasan yang tepat.

“Lawatan hari ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang kekuatan dan potensi industri sawit negara. Saya percaya, dengan kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri, kita mampu terus memperkukuh sektor ini demi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan MPOB. – UMNO Online

Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker