Tidak berjaya di Olimpik, Meng Yean hasrat lahir juara melalui akademi
Tidak berjaya di Olimpik, Meng Yean hasrat lahir juara melalui akademi

Kuala Lumpur: Bekas pemain beregu wanita negara Lee Meng Yean kini mengorak langkah baharu dalam pembangunan akar umbi badminton tanah air menerusi penubuhan akademi yang memfokuskan pembangunan pemain muda daripada peringkat asas.
Beliau yang pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 bergandingan dengan Chow Mei Kuan berkata akademi itu bertujuan membina dan mengasah bakat pemain daripada usia muda sebelum disalurkan ke peringkat negeri dan seterusnya ke tahap lebih tinggi.
“Program ini bukan sahaja membantu perkembangan pemain muda, malah berpotensi menyumbang kepada pembangunan badminton negara secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Media Future Champs Badminton Academy di Kepong Sports A Plus 4 Badminton Center di sini, hari ini.
Akademi yang beroperasi kira-kira empat bulan lalu, kini mempunyai kira-kira 50 pelajar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat
- Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf
Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas
Meng Yean mengakui pengalaman sebagai pemain kebangsaan serta beraksi di pentas Olimpik menjadi pendorong utama untuk beliau kembali menyumbang kepada sukan badminton negara, khususnya dalam melahirkan generasi pelapis.
“Saya pernah menjadi pemain kebangsaan dan beraksi di Olimpik, namun tidak berjaya meraih pingat. Jadi, saya berharap dapat membantu pemain muda mencapai sasaran berkenaan.
“Itu impian saya dan saya yakin mampu membantu mereka mencapainya,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya peluang skuad negara pada kempen Piala Uber 2026, Meng Yean berpandangan pasukan yang dibarisi majoriti pemain muda tidak wajar dibebani tekanan berlebihan, sebaliknya perlu dinilai dari sudut pendedahan serta pengalaman berharga yang mampu diraih.
Piala Uber 2026 dijadual berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April sehingga 3 Mei.
Skuad wanita negara yang diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara enam kali Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan dalam misi mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak edisi 2010
Tidak berjaya di Olimpik, Meng Yean hasrat lahir juara melalui akademi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
You must be logged in to post a comment.