Pochettino tak tolak kekal bersama AS
Pochettino tak tolak kekal bersama AS

Atlanta: Mauricio Pochettino memberi bayangan tempohnya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan lelaki Amerika Syarikat mungkin belum berakhir selepas Piala Dunia tahun ini.
“Siapa tahu apa akan berlaku,” kata Pochettino kepada wartawan ketika skuad AS membuat persiapan menghadapi Portugal dalam aksi persahabatan di Stadium Mercedes-Benz, Atlanta, awal pagi esok.
“Kami terbuka. Tiada kontrak untuk masa depan, tetapi kenapa tidak jika kami gembira dan persekutuan juga gembira?
“Dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku. Saya sangat gembira. Memang sukar, cabaran besar, malah lebih besar daripada jangkaan kami ketika datang ke sini. Tetapi kami adalah barisan kejurulatihan yang sukakan cabaran.”
Pochettino menandatangani kontrak bersama skuad AS pada musim panas 2024 yang akan tamat selepas Piala Dunia 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat
- Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf
Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas
Kejohanan membabitkan 48 pasukan itu akan membuka tirai pada 11 Jun dan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico serta Kanada sebelum melabuhkan tirai pada 19 Julai.
Jurulatih berusia 54 tahun itu turut dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Tottenham Hotspur dan Real Madrid, selepas kedua-dua kelab berkenaan memecat pengendali masing-masing musim ini.
Sepanjang tahun lalu, Pochettino beberapa kali menyuarakan hasrat untuk kembali melatih di Eropah, termasuk pernah membimbing Southampton, Paris Saint-Germain, Chelsea serta Tottenham dari 2014 hingga 2019.
“Mustahil untuk saya tidak merasai apa-apa mengenai Tottenham, kelab itu, orang yang bekerja di sana dan juga penyokong. Ia adalah antara pengalaman terbaik dalam hidup saya.
“Sudah tentu itu harapan saya… dan saya percaya mereka akan kekal di liga, sama ada dengan jurulatih atau tanpa jurulatih,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy
- Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor
- Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan
Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak
Bagaimanapun, Pochettino menegaskan beliau belum mengadakan sebarang perbincangan dengan Tottenham atau Real Madrid untuk mengambil alih pasukan itu selepas Piala Dunia.
“Semua orang tahu saya komited bersama skuad kebangsaan di sini. Ini bukan masa untuk bercakap mengenai masa depan. Setakat ini tiada sesiapa menghubungi saya. Kita lihat apa akan berlaku,” katanya.
Pochettino tak tolak kekal bersama AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
You must be logged in to post a comment.