Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy

Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy

Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy

JEMPOL, 30 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menegaskan bahawa setiap langkah kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak perlu berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat.

Beliau berkata, dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu akibat ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan dunia, rakyat adalah golongan paling terkesan dan perlu diberi keutamaan dalam setiap dasar yang dilaksanakan.

“Kita memperjuangkan hak rakyat yang semakin tersepit. Apa jua langkah kerajaan mestilah benar-benar sampai kepada rakyat dan bukan sekadar pengumuman di peringkat dasar,” katanya.

Menurut beliau, langkah kerajaan yang melaksanakan intervensi seperti subsidi bersasar dan kawalan pasaran adalah wajar, namun keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan yang telus serta komunikasi yang jelas kepada rakyat.

“Rakyat perlu faham dengan jelas apa yang sedang berlaku. Penjelasan yang mudah difahami penting supaya mereka tidak terus terbeban dengan kekeliruan dan tekanan harga,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Beliau turut menekankan bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan berantai kepada pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan harga barangan keperluan harian, sekali gus menuntut pemantauan lebih tegas terhadap isu pencatutan.

“Kenaikan kos bahan api memberi kesan terus kepada harga barang. Sebab itu penguatkuasaan perlu diperkukuh agar tiada pihak mengambil kesempatan,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa dengan lebih berhemah dalam perbelanjaan, namun menegaskan bahawa tanggungjawab utama tetap terletak kepada kerajaan untuk melindungi kebajikan rakyat.

Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama semua pihak, kesan kenaikan harga minyak dapat dikawal dengan lebih baik tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah. – UMNO Online

Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker