Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil

Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil

Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kenaikan harga diesel dijangka memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya melalui peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata situasi ini perlu ditangani dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.

Menurut beliau, kesan daripada konflik global yang mengganggu rantaian bekalan dunia sudah mula dirasai dan berpotensi menyebabkan kenaikan harga barang secara melampau.

“Saya jangka rakyat akan mula terkesan dengan kenaikan harga barang melampau. Kita dah harus menjangka tindakan susulan akibat kesan peperangan yang mengganggu ekosistem rangkaian pembekalan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah proaktif perlu dilaksanakan segera bagi mengurangkan beban rakyat.

“Laksana sekarang, jangan ‘dah terantuk baru nak terngadah’,” tambah beliau.

Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan beberapa langkah seperti subsidi sementara diesel dan penguatkuasaan terhadap pencatutan bagi menstabilkan harga, namun pemantauan berterusan dilihat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – UMNO Online

Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker