Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai

Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai

Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Faizah Abd Azis meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan dengan menyantuni penduduk di kawasan.

Terbaharu beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin ke Sebatu dan Ayer Tawar, memanfaatkan kunjungan tersebut dengan menyantuni penduduk selain menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Alhamdulillah, selesai ziarah kasih di sekitar Sebatu dan Ayer Tawar.

“Dapat bertanya khabar, melihat keadaan serta berkongsi sedikit bantuan amatlah bermakna.

“Terima kasih atas sambutan yang sangat baik. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan dan dipermudahkan segala urusan buat semua. Insya-Allah, kita jumpa lagi di lain kesempatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Sementara itu Faizah pada hantaran terdahulu, turut sama ke beberapa rumah dalam kawasan DUN Sungai Rambai bagi menyantuni penduduk setempat.

Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai

Menurutnya, meskipun kunjungan tersebut dilakukan dalam tempoh singkat, ia tetap memberi makna besar apabila dapat bertanya khabar selain melihat sendiri keadaan serta mendengar luahan masyarakat.

“Alhamdulillah sempat buat ziarah kasih ke beberapa rumah dalam kawasan DUN Sungai Rambai. Walaupun singgah kejap, namun cukup bermakna dapat bertanya khabar, melihat sendiri keadaan dan mendengar luahan penduduk setempat.

“Semoga sedikit kehadiran ini dapat membawa kegembiraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua. Insya-Allah, usaha membantu dan menyantuni rakyat akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujar beliau. – UMNO Online

Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker