Azzurri mulakan revolusi bangunkan projek lahir bintang baharu

Azzurri mulakan revolusi bangunkan projek lahir bintang baharu

Azzurri mulakan revolusi bangunkan projek lahir bintang baharu
ITALI mulakan langkah kembalikan kegemilangan bola sepak negaranya. -FOTO AFP

Milan: Ketika peminat bola sepak Itali bimbang skuad kebangsaan mereka mungkin terlepas Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut menjelang aksi penentuan play-off menentang Bosnia dan Herzegovina, usaha sedang digerakkan untuk mengembalikan kegemilangan Azzurri.

Awal bulan ini, Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) melancarkan projek pembangunan bola sepak remaja dalam usaha mengembalikan negara itu sebagai pengeluar pemain bertaraf dunia selepas sekian lama ketandusan bakat.

Skuad yang dijangka beraksi di Zenica kini tidak lagi memiliki aura bintang seperti Alessandro Del Piero, Andrea Pirlo, Fabio Cannavaro atau Francesco Totti yang membantu Itali menjulang Piala Dunia 2006.

Keadaan itu bertambah parah apabila kelab-kelab utama Itali mempamerkan prestasi hambar di pentas Eropah musim ini, ketika negara itu sebenarnya sedang menikmati era kegemilangan dalam sukan lain.

Ahad lalu, bintang tenis Jannik Sinner meraih kemenangan mudah di Miami Masters, sekali gus menambah koleksi kejuaraan buat juara Grand Slam empat kali itu yang kini antara kuasa utama tenis lelaki dunia bersama pencabar dari Sepanyol, Carlos Alcaraz.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas


Dalam sukan permotoran pula, Kimi Antonelli dan Marco Bezzecchi masing-masing mendahului kejuaraan Formula Satu (F1) dan MotoGP, manakala pemain ski alpine, Federica Brignone mencuri tumpuan dengan dua pingat emas di Olimpik Musim Sejuk, sebahagian daripada pencapaian 30 pingat keseluruhan.

Malah, pasukan ragbi Itali kini lebih menjadi kebanggaan negara selepas mencipta kemenangan bersejarah ke atas England dalam kejohanan Enam Negara.

Susulan itu, FIGC mengambil langkah melakukan reformasi akar umbi dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak remaja di seluruh negara.

“Semua pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan bermula di kelab komuniti. Ini bermakna setiap jurulatih yang membimbing mereka perlu diberikan latihan sewajarnya,” kata bekas pemain tengah Itali, Simone Perrotta.

Perrotta yang kini berusia 48 tahun pernah beraksi bersama Del Piero dan Totti dalam skuad penuh bintang Itali kira-kira dua dekad lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Bersama seorang lagi juara Piala Dunia, Gianluca Zambrotta, Perrotta kini berada di bawah kendalian ketua pembangunan baharu FIGC, Maurizio Viscidi yang menyelia keseluruhan sistem pembangunan bola sepak remaja negara itu.

FIGC mahu menyeragamkan kaedah latihan di ribuan kelab yang melatih kira-kira 700,000 pemain berusia antara lima hingga 15 tahun, dengan fokus utama diberikan kepada pembangunan kemahiran individu bagi melahirkan generasi baharu pemain bertaraf dunia.

“Tiada metodologi bersama yang jelas untuk membentuk cara permainan bola sepak negara ini,” kata Perrotta yang turut mengakui berlaku kemerosotan dari segi kemampuan teknikal pemain Itali.

Azzurri mulakan revolusi bangunkan projek lahir bintang baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker