Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

PUTRAJAYA, 30 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjunjung kasih atas keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Raja Muda Musa ke Putrajaya, dalam satu pertemuan yang berlangsung penuh harmoni.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai perkara berkaitan pembangunan negeri Perak, khususnya melibatkan sektor ekonomi dan pendidikan yang dilihat sebagai pemangkin kepada kesejahteraan rakyat.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, sesi perbincangan itu membuka ruang penting untuk bertukar pandangan antara kepimpinan kerajaan dan institusi diraja dalam memperkukuh agenda pembangunan negeri.

“Menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa ke Putrajaya pada hari ini.

“Alhamdulillah, dalam kesempatan tersebut, patik berpeluang mempersembahkan pandangan serta bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, khususnya melibatkan negeri Perak,” jelas beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan atas keberangkatan Raja Muda Perak yang disifatkan mencerminkan keprihatinan institusi diraja dalam mendukung pembangunan negeri.

“Perbincangan turut menyentuh aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan, yang memperlihatkan kecaknaan serta keprihatinan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dalam memperkukuh kemajuan negeri dan membangunkan potensi rakyat secara menyeluruh,” katanya.

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

Beliau menambah bahawa institusi diraja terus memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kesejahteraan rakyat.

“Patik amat menghargai limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat, sekali gus mencerminkan peranan penting institusi diraja dalam mendukung agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Patik mendoakan semoga Duli Yang Teramat Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam memayungi rakyat dan negeri,” ujarnya. – UMNO Online

Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker