Abang tembak adik, sebelum maut ditembak polis
Abang tembak adik, sebelum maut ditembak polis

TENOM: Seorang lelaki menembak adiknya sehingga maut sebelum dia sendiri ditembak mati polis di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi, mangsa berusia 54 tahun yang juga pekebun, disahkan meninggal dunia selepas kena lapan tembakan di belakang badan.
Suspek berusia 57 tahun yang juga abang mangsa dilaporkan menggunakan senjata buatan sendiri jenis bakakuk dan dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 8.54 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, penduduk kampung memaklumkan suspek berada dalam rumah sambil memegang senjata api dan mengugut akan menembak sesiapa yang menghampiri kawasan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas
“Polis kemudian membuat kepungan dan mengarahkan suspek menyerah diri sebanyak tiga kali, namun dia enggan keluar.
“Beberapa das gas pemedih mata dilepaskan ke dalam rumah bagi memaksa suspek keluar, namun dia masih tidak memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azmir berkata, situasi bertukar tegang apabila suspek berlari ke arah dapur sambil mengacukan senjata ke arah anggota polis yang berada berhampiran tingkap rumah.
Katanya, bagi mempertahankan diri, pegawai polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai lengan kanan, dada kiri dan rusuk kiri suspek.
“Suspek kemudian rebah di bahagian dapur rumah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy
- Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor
- Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan
Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak
“Pemeriksaan lanjut mendapati senjata bakakuk milik suspek masih mengandungi satu butir peluru hidup dalam chamber,” katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan termasuk laras senjata api bakakuk, peluru, kelongsong peluru serta sebilah parang panjang di lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Abang tembak adik, sebelum maut ditembak polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
You must be logged in to post a comment.