Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf

Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf

Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf

MELAKA, 28 Mac – Kerajaan Melaka memperkukuh kesiapsiagaan untuk menangani isu bekalan air susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata setakat ini paras air di empangan utama negeri masih berada pada tahap terkawal dan belum memerlukan pelaksanaan catuan air.

“Kerajaan negeri akan terus mendapatkan maklumat terkini daripada agensi berkaitan termasuk badan kawal selia air bagi memastikan sebarang perubahan dapat dimaklumkan kepada rakyat dengan segera,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat 2026 peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Ab Rauf berkata, pada masa sama, usaha meningkatkan kecekapan pengurusan air berjaya menurunkan kadar kehilangan Air Tidak Terhasil (NRW) kepada sekitar 50 peratus, antaranya melalui pengurangan tekanan air pada waktu malam bagi mengawal pembaziran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas


“Langkah ini membantu kita mengawal pembaziran air dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, sekali gus antara usaha menghadapi kesan cuaca panas sekarang,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini turut dinasihatkan menggunakan air secara berhemat dan tidak menolak kemungkinan pengumuman berkaitan penjimatan air akan dibuat sekiranya cuaca panas berpanjangan.– BERNAMA

Melaka Tak Perlu Catu Air, Paras Air Empangan Utama Negeri Masih Terkawal – Ab Rauf

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker