Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat

Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat

Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat menegaskan bahawa kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan komuniti merupakan tunjang utama dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak.

Menerusi satu kenyataan di facebook, beliau berkata penglibatan semua pihak amat penting dalam membentuk persekitaran pendidikan yang kondusif serta menyokong perkembangan menyeluruh pelajar.

Menurutnya, walaupun suasana Hari Raya Aidilfitri masih dirasai, beliau tetap meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-54 di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman.

“Alhamdulillah… walaupun ‘mood’ Aidilfitri yang masih terasa, saya dapat bersama ibu bapa dan guru dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-54 Sekolah Kebangsaan Bukit Diman. Terima kasih kepada seluruh warga sekolah, khususnya ibu bapa dan guru yang hadir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas


“Inilah bukti bahawa kita semua berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), percaya kekuatan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada peranan guru semata-mata.

Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat

“Saya percaya kekuatan sesebuah sekolah bukan hanya terletak pada guru, tetapi pada sokongan ibu bapa, komuniti dan kepimpinan yang bergerak seiring.

“Jika kita serius mahu melihat perubahan, maka komitmen seperti ini perlu terus diperkukuhkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berharap semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam mesyuarat tersebut dapat diteruskan demi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang dan berdaya saing. – UMNO Online

Kerjasama Ibu Bapa, Guru Dan Komuniti Pacu Kecemerlangan Pendidikan -Rozi Mamat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker