400,000 bungkusan coklat lesap dilarikan perompak

400,000 bungkusan coklat lesap dilarikan perompak

400,000 bungkusan coklat lesap dilarikan perompak
Sebuah lori membawa kira-kira 12 tan coklat KitKat telah dilarikan. – Alamy

PERUGIA, ITALI – Lebih 400,000 bungkusan coklat KitKat dicuri bersama-sama sebuah lori yang dalam perjalanan untuk menghantar stok tersebut ke beberapa negara Eropah, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pemilik jenama itu, Nestle berkata, sebuah lori membawa kira-kira 12 tan snek wafer bersalut coklat itu bertolak dari kilang syarikat tersebut di Perugia, Itali minggu lepas.

Ia dimuatkan dengan 413,793 coklat daripada siri Formula Satu terkini KitKat.

Penghantaran tersebut sepatutnya diedarkan ke seluruh Eropah dengan penghantaran berakhir di Poland, tetapi ia tidak sampai ke destinasi selepas lori dirampas oleh pencuri.

Kedua-dua lori dan muatannya masih belum dapat dikesan dan setakat ini, masih belum diketahui di mana kenderaan tersebut dipintas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak


Nestle berkata, ia sedang menyiasat kejadian itu dengan pihak berkuasa dan rakan kongsi rantaian bekalan.

“Walaupun kami menghargai citarasa luar biasa penjenayah, hakikatnya kecurian kargo merupakan isu yang semakin meningkat bagi semua jenis perniagaan,” katanya. – AGENSI

400,000 bungkusan coklat lesap dilarikan perompak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih 13,000 Hektar Sawah Padi Di Perak Turut Terjejas Akibat Cuaca Panas

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker