Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menasihati rakyat Malaysia agar tidak terus selesa, sebaliknya segera bersiap siaga menghadapi gelombang tekanan ekonomi global yang kian menghimpit.

Menurut beliau, realiti yang sedang melanda dunia ketika ini bukan lagi bersifat sementara, sebaliknya bakal memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat termasuk kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta tekanan kewangan yang semakin mencengkam.

“Ini bukan lagi soal kemungkinan… ini adalah realiti yang sedang berlaku. Kita akan melihat harga barang meningkat, kos sara hidup bertambah dan tekanan kepada ekonomi rakyat.

“Tidak bijak untuk menyalahkan Kerajaan atau sesiapa dalam tempoh ini kerana kita berada dalam keadaan ‘unprecendented’. Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang penting ialah kesiapsiagaan kita sebagai rakyat.

“Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, rakyat Malaysia perlu lebih bersedia. Bina simpanan, kawal perbelanjaan, fikir jangka panjang, masa depan bukan lagi sesuatu yang boleh kita ambil ringan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas


Tambah beliau, sebagai rakyat tidak boleh mengawal geopolitik dunia tetapi boleh mengawal kesiapsiagaan diri dan keluarga.

Mengulas lanjut, kata TPr Abdul Razak turut menyentuh sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menurutnya membawa mesej tersirat yang cukup jelas kepada rakyat.

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

“Ada perkara yang tidak dapat dinyatakan secara terus (direct) tetapi mesejnya sampai… kerajaan nak kita bersedia,” katanya lagi.

Mengulas situasi global, beliau menegaskan gangguan laluan strategik minyak dunia di Selat Hormuz kini menjadi antara faktor utama yang mencetuskan lonjakan harga minyak global, sekali gus memberi kesan domino kepada inflasi dunia.

“Laluan minyak utama dunia di Selat Hormuz kini terganggu. Harga minyak melonjak. Inflasi global mula meningkat. Negara-negara besar sendiri sedang bersedia menghadapi kesan ekonomi yang lebih besar.

“Kita akan melalui zaman ‘The Great Reset’ yang mana tak pernah lagi lalui. Ini bukan isu Timur Tengah semata-mata. Ini adalah isu global… dan Malaysia tidak terkecuali,” jelas beliau.

Perang antara Amerika Syarikat dan Iran yang tercetus sejak 28 Februari lalu kini bukan lagi konflik biasa, sebaliknya telah memasuki fasa kritikal yang berpotensi menggoncang ekonomi dunia.

Konflik berkenaan yang kini memasuki minggu kelima dilihat semakin meruncing apabila kedua-dua pihak terus melancarkan serangan balas, sekali gus menandakan krisis ini dijangka berpanjangan dan sukar diselesaikan dalam masa terdekat. – UMNO Online

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker