Perselisihan Herry dan Haikal berakhir, tapi dengan syarat
Perselisihan Herry dan Haikal berakhir, tapi dengan syarat

Kuala Lumpur: Kemelut antara ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi dan anak didiknya, Muhammad Haikal Nazri akhirnya berakhir apabila pemain itu tampil memohon maaf atas tindakannya sebelum ini.
Namun, Herry mengambil pendekatan lebih tegas apabila mahu Haikal membuat perjanjian secara bertulis bagi mengelakkan isu sama berulang, selain memastikan pemain berkenaan lebih fokus terhadap komitmen di gelanggang.
Katanya, pertemuan sudah diadakan dan beliau tidak berhasrat memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya memilih untuk membuka lembaran baharu bersama pemain itu.
“Sebelum ini dia (Haikal) ada datang berjumpa dengan saya dan meminta maaf. Saya beritahu dia apa yang sudah berlaku itu biarkan berlalu dan kami perlu lebih fokus bagi memulakan episod baharu.
“Karakter saya juga bukanlah seorang yang menyimpan dendam. Dia juga masih muda dan ada melakukan kesilapan, jadi saya tidak ada masalah untuk memaafkan kerana kita hanyalah manusia,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam
- Raikan Syawal Dengan Semangat Bermaafan Dan Kasih Sayang – Othman Desa
- ‘Keputusan MIC Bukan Sekadar Politik Hari Ini, Tetapi Masa Depan Malaysia’ – Dr Zambry
Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat
Selain itu, Herry menyatakan permohonan maaf secara lisan sahaja tidak mencukupi kerana bimbang perkara sama berulang pada masa akan datang.
“Saya sudah baik-baik sahaja dengan Haikal dan dia juga sudah menjalani latihan. Pesanan saya kepadanya adalah supaya fokus dan membuat janji secara bertulis kerana biasanya cakap sahaja akan mudah lupa,” katanya.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Haikal bersama pasangannya, Choong Hon Jian membuat keputusan untuk menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Switzerland dua minggu lalu dengan alasan tidak cergas sepenuhnya.
Perkara itu membuatkan jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak berpuas hati kerana beliau melihat pemain berkenaan berada dalam kondisi terbaik.
Perselisihan Herry dan Haikal berakhir, tapi dengan syarat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy
- Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor
- Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.