Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor

Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor

Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa pembangunan mahasiswa anak Johor melalui pelbagai inisiatif strategik yang menyeluruh dan berimpak tinggi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor memaklumkan secara keseluruhan, bagi tempoh pelaksanaan sejak 2023 sehingga 2026, seramai 404,547 mahasiswa anak Johor telah menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM152.88 juta

“Pendekatan ini dilaksanakan secara tersusun, bersasar dan inklusif bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir dalam arus pembangunan ekonomi dan pendidikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Onn Hafiz berkata penyaluran bantuan ini dilaksanakan secara bersasar merangkumi:
1. Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) – RM49.6 juta melibatkan 231,459 penerima.
2. Skim Bantuan Pendaftaran – RM17.9 juta melibatkan 38,876 penerima.
3. Skim Pinjaman Pelajaran YPJ – RM39.14 juta melibatkan 8,400 penerima.
4. Bantuan Laptop Siswa Johor – RM23.96 juta melibatkan 9,000 penerima.
5. Persatuan Mahasiswa Anak Johor – RM2.68 juta melibatkan 20,000 ahli persatuan seluruh negara.
6. Jelajah Mahasiswa Johor 2025 – RM1.3 juta melibatkan 80,000 penerima.
7. Duta Mahasiswa Johor – RM600 ribu melibatkan 1,000 penerima.
8. Biasiswa Orang Muda Johor – RM11.9 juta.

Tambah beliau, segala usaha ini adalah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh pembangunan modal insan Bangsa Johor.

“Semoga segala inisiatif ini terus memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan generasi masa hadapan,” ujar beliau lagi. – UMNO Online

Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker