Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy

Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy

Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa kenyataan berhubung pencapaian pelaburan di negeri itu lebih kepada usaha membina persepsi daripada membentangkan realiti sebenar.

Beliau berkata, angka pelaburan yang diumumkan walaupun dilihat besar, perlu diteliti dari segi impak langsung kepada rakyat tempatan dan bukan sekadar jumlah keseluruhan yang melibatkan kos teknologi serta kepentingan pihak luar.

“Inilah modus operandi YB Professor ‘kaki spin’. Jom kita rungkai satu per satu. Kepada ‘walaun-walaun’ yang bakal membantai saya, sila baca dan nilai, jangan malas.

“Pertama, angka RM315.93 juta itu kedengaran besar, tetapi dalam dunia pelaburan teknologi global, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Persoalannya, berapa banyak daripada jumlah itu benar-benar memberi impak langsung kepada rakyat tempatan, dan berapa pula yang hanya melibatkan kos mesin, import teknologi dan kepentingan syarikat luar seperti Highstar? Nampaknya YB Professor kaki ‘spin’ sedang memanipulasi data pelaburan.

“Kedua, janji ‘400 peluang pekerjaan’ juga perlu dilihat dengan kritikal. Apakah jenis pekerjaan itu? Adakah ia pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji kompetitif atau sekadar operator kilang bergaji rendah? Selalu kita dengar angka pekerjaan dijaja, tetapi realitinya ramai pekerja tempatan hanya mengisi posisi asas, manakala jawatan penting dipegang oleh tenaga asing. Lagi sekali nampak YB Professor kaki ‘spin’ sedang main tibai angka untuk jadi ‘syok sendiri’,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, penubuhan pasukan khas seperti ‘Kedah One Investment Team’ juga bukan sesuatu yang unik kerana hampir semua negeri sudah menggunapakai mekanisme serupa.

“Ketiga, dakwaan bahawa Kedah kini ‘destinasi utama pelaburan berteknologi tinggi’ juga agak keterlaluan. Negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor sudah lama menjadi hab teknologi dengan ekosistem matang, tenaga kerja mahir, dan rantaian bekalan yang kukuh. Kedah masih dalam fasa mengejar, bukan mendahului. Dalam hal ini, YB Professor kaki ‘spin’ tengah ‘self-claim’. Dalam erti kata lain orang Kedah kata, ‘perasan’.

“Keempat, penubuhan pasukan khas seperti ‘Kedah One Investment Team’ kedengaran baik, tetapi itu bukan sesuatu yang unik. Hampir semua negeri sudah mempunyai mekanisme serupa. Isunya bukan pada penubuhan, tetapi keberkesanan, dan itu jarang dibuktikan dengan data telus. Baru kita tahu bahawa negeri lain dah lama buat, bukan kita satu-satunya kerajaan negeri yang dikatakan sangat cekap dan pandai.

“Kelima, kenyataan ‘lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam lima tahun’ juga perlu dipersoalkan. Adakah ini angka sebenar pekerjaan kekal atau termasuk pekerjaan sementara, kontrak dan tidak berkualiti? Tanpa pecahan jelas, angka besar ini mudah menjadi sekadar propaganda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya


“Hakikatnya ini adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa ‘kaki spin’ YB Professor, sentiasa membuatkan semua orang ‘inzal’ dengan angka anggaran yang ditambah-tambah,” katanya lagi.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy

 

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa rakyat di Negeri Kedah berhak tahu manfaat sebenar dan bukannya sekadar angka besar.

“Akhir sekali, naratif bahawa Kedah ‘bukan lagi negeri pertanian’ juga bermasalah. Sektor pertanian masih penting dan menjadi tulang belakang ekonomi negeri. Mengabaikannya demi mengejar imej industri berteknologi tinggi boleh membawa risiko ketidakseimbangan ekonomi.

“Kesimpulannya, kenyataan ini lebih kepada usaha membina persepsi daripada membentangkan realiti penuh. Pelaburan memang baik, tetapi rakyat berhak tahu manfaat sebenar, bukan sekadar angka besar dan slogan yang sedap didengar. Tahniah YB Professor ‘kaki spin’,” katanya lagi.

Terdahulu, Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) melaporkan Kedah terus mencipta momentum sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi apabila berjaya menarik pelaburan bernilai RM315.93 juta daripada syarikat teknologi antarabangsa, Highstar Energy (M) Sdn. Bhd. yang dijangka mewujudkan kira-kira 400 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan pelabur luar terhadap kestabilan politik, dasar mesra pelabur serta keupayaan kerajaan negeri menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif. – UMNO Online

Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker