Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan

Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan

Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias segera menziarahi Mohd Azahari Maaz yang baharu sahaja diuji musibah kebakaran kediaman di Kampung Kerangai, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Jalaluddin yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang meminta pihak Pusat Khidmat segera menyelaraskan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran itu.

“Difahamkan ketika kejadian, hanya Saudara Azahari yang berada di rumah manakala adik-beradik yang lain sedang keluar bekerja. Syukur alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan. Pihak Bomba telah sampai ke lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari tadi dan berjaya mengawal serta memadamkan api sepenuhnya.

“Dalam suasana kita masih di bulan Syawal ini, ujian sebegini amat meruntun jiwa. Saya telah meminta pihak Pusat Khidmat untuk segera menyelaraskan bantuan kecemasan bagi meringankan beban keluarga ini,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan

Seterusnya, Jalaluddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyeru semua berdoa agar mereka sekeluarga diberikan ketabahan yang luar biasa mengharungi dugaan ini. – UMNO ONLINE

Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker