Indonesia perlu pilih Rabu atau Jumaat

Indonesia perlu pilih Rabu atau Jumaat 

Indonesia perlu pilih Rabu atau Jumaat
Gambar hiasan. – peoplematters

JAKARTA – Indonesia mempertimbangkan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) sama ada setiap Rabu atau Jumaat bagi penjawat awam sebagai langkah proaktif mengurangkan penggunaan bahan api, lapor laman berita Jakarta Globe.

Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, pelaksanaan WFH sehari seminggu dapat mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus.

Katanya, Jumaat masih dalam pertimbangan sebagai pemilihan hari WFH kerana waktu kerja lebih singkat dan tengah hari yang lebih panjang untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat.

“Jumaat mempunyai waktu bekerja paling singkat, jadi potensi kehilangan produktiviti dianggap minimum,” kata Purbaya.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tito Karnavian pula berkata, pentadbiran serantau sudah arif dan mampu melaksanakan dasar tersebut tanpa menjejaskan perkhidmatan utama.

“Tiada masalah. Pentadbiran serantau mempunyai pengalaman (pelaksanaan WFH) tetapi kami akan memberikan panduan lanjut terutamanya untuk pemimpin yang baru dipilih. Perkhidmatan penting seperti pengangkutan, kecemasan, hospital dan sanitasi mesti diteruskan,” kata Tito.

Menurutnya, keputusan akhir bagaimanapun hanya diumumkan selepas perbincangan lanjut dan mendapat kelulusan Presiden Prabowo Subianto.

Sementara itu, kerajaan wilayah Jawa Timur memutuskan untuk melaksanakan dasar WFH setiap hari Rabu bermula bulan depan.

Secara purata, penjawat awam di Jawa Timur berulang-alik kira-kira 14 kilometer sehala ke tempat kerja. Justeru, dasar WFH mingguan dijangka dapat meningkatkan kecekapan tenaga dengan ketara. – AFP

Indonesia perlu pilih Rabu atau Jumaat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker