Bangkit dari derita, Feroz buru penebusan di Vietnam
Bangkit dari derita, Feroz buru penebusan di Vietnam

Kuala Lumpur: Selepas hampir setahun bergelut dengan kecederaan yang memadam sinarnya seketika, peluang kembali ke pentas antarabangsa kini menjadi detik paling dinanti buat seorang pemain yang sudah lama tidak menyarung jersi skuad Harimau Malaya.
Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin akhirnya kembali menyertai kem Harimau Malaya bagi aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam 31 Mac ini.
Kali terakhir dia menyarung jersi kebangsaan adalah pada November 2024 sebelum kecederaan panjang memaksanya ‘hilang’ dari radar, meninggalkan persoalan sama ada dia mampu kembali ke tahap sebenar.
Namun, di sebalik keraguan itu, Feroz bangkit membina semula namanya bersama Harimau Selatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam
- Raikan Syawal Dengan Semangat Bermaafan Dan Kasih Sayang – Othman Desa
- ‘Keputusan MIC Bukan Sekadar Politik Hari Ini, Tetapi Masa Depan Malaysia’ – Dr Zambry
Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat
Lebih penting, kehadirannya kembali mengukuhkan benteng pertahanan JDT, walaupun perlu bersaing sengit dengan pemain import berprofil tinggi.
Bagi Feroz, panggilan kali ini menentang Vietnam dalam saingan kelayakan Piala Asia menentang Vietnam bukan sekadar peluang, tetapi medan untuk membuktikan dirinya belum selesai.
“Saya merasakan panggilan ini amat bermakna kerana selepas hampir setahun tidak beraksi, ini peluang terbaik untuk saya buktikan kemampuan kepada jurulatih.
“Saya berazam untuk memberikan persembahan terbaik demi negara,” katanya.
Mengimbas kembali tempoh pemulihan, dia mengakui perjalanan itu penuh liku dan menuntut kesabaran tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Polis ke-219: Kecekalan, Keberanian Tunjang Kekuatan Pasukan Keselamatan Negara
- Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi
- Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan
Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas
“Sepanjang pemulihan, banyak cabaran yang saya lalui. Bukan mudah untuk kembali ke tahap sekarang.
“Saya perlu lebih berhati-hati, terutama dari segi persediaan dan memastikan konsistensi sebelum setiap perlawanan,” katanya.
Skuad Harimau Malaya kini hanya berbaki satu perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 apabila dijadual berlepas ke Nam Dinh untuk berdepan Vietnam pada 31 Mac ini.
Bangkit dari derita, Feroz buru penebusan di Vietnam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Pelaburan Kedah Lebih Kepada Membina Persepsi – Shaiful Hazizy
- Komitmen Kerajaan Negeri Perkasa Pembangunan Mahasiswa Anak Johor
- Jalaluddin Ziarah Mangsa Kebakaran, Segerakan Bantuan Kecemasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.