Analisis video bantu Aaron-Wooi Yik tampil lebih garang

Analisis video bantu Aaron-Wooi Yik tampil lebih garang

Analisis video bantu Aaron-Wooi Yik tampil lebih garang
AARON-Wooi Yik berdepan misi getir di BAC 2026. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Pendekatan analisis video bakal dijadikan rujukan utama barisan jurulatih beregu negara untuk membantu juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil lebih garang pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China dari 7 hingga 12 April ini.

Menurut ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, beliau melihat cara itu antara yang terbaik dan mampu mengenal pasti setiap kekurangan lawan, sekali gus menjadi rujukan utama buat Aaron-Wooi Yik tampil lebih konsisten.

Katanya, kaedah itu juga boleh memberi impak kepada barisan pemain itu sendiri untuk melihat dengan lebih dekat berbanding hanya arahan di tepi gelanggang.

“Biasanya sebelum kejohanan, kami akan membuat evaluasi menerusi rakaman video. Jadi Aaron-Wooi Yik, terutamanya ketika set ketiga, di mana mereka melakukan kesilapan, kita ulang dan lihat kesilapan itu.

“Kalau kita hanya bercakap kepada pemain, telinga mereka dengar sahaja, tetapi kalau lihat video, telinga dan mata akan bergerak seiring, jadi lebih mudah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenaikan Harga Diesel: Harga Barangan Asas Perlu Dipantau, Dikawal Ketat


“Itu yang saya lakukan supaya ia diulang tayang dalam fikiran mereka dan mampu diperbaiki,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.

Selain itu, jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu memberi tekanan tinggi kepada anak didiknya dan berharap mereka boleh fokus sepenuhnya terhadap lawan di setiap peringkat.

“Jangan pandang terlalu jauh hingga ke final, sebaliknya setiap pusingan perlu diharungi dengan penuh fokus dan konsentrasi secara berperingkat kerana setiap lawan bukan mudah,” katanya.

Untuk makluman, Aaron-Wooi Yik akan menentang wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin pada pusingan pertama.

Pada saingan kali ini, perebutan kejuaraan dijangka lebih sengit terutama daripada gandingan nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Analisis video bantu Aaron-Wooi Yik tampil lebih garang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Jangan Lena, Bersedia Hadapi Gelombang Ekonomi Global – TPr Abdul Razak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker