MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam

MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam

MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran dengan sambutan mengalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Namun beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mengingatkan pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara kemudahan awam demi keselesaan bersama.

“Alhamdulillah, sambutan pengunjung ke Hutan Bandar MBJB amat baik dan memberangsangkan. Setiap sudut kawasan ini dipenuhi keluarga, kanak-kanak dan orang ramai yang hadir untuk beriadah serta meluangkan masa bersama insan tersayang dalam suasana yang nyaman.

“Kawasan yang menjadi tumpuan adalah “Kids Pool”. Kemudahan ini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bersama MBJB dan dibuka secara percuma untuk Bangsa Johor agar ia dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa perlu memikirkan bayaran, supaya tiada yang terpinggir daripada ruang rekreasi yang selesa dan berkualiti.

“Namun begitu, amat menyedihkan apabila masih terdapat segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab, membiarkan anak-anak membuang najis merata-rata serta tidak menjaga kebersihan kawasan. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh menjejaskan kesihatan pengunjung lain, terutamanya kanak-kanak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya


Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan nilai murni anak-anak, khususnya ketika berada di tempat awam dengan menunjukkan contoh teladan yang baik serta mendidik mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan dan peka terhadap keselesaan orang lain.

Rentetan kegagalan segelintir pengunjung menjaga kebersihan kawasan rekreasi Onn Hafiz memaklumkan pihak pengurusan mengambil langkah sewajarnya termasuk menutup sementara kemudahan bagi tujuan pembersihan dan penyelenggaraan.

“Apabila kebersihan tidak dijaga, pihak pengurusan terpaksa mengambil tindakan seperti menutup sementara kawasan untuk pembersihan dan penyelenggaraan. Untuk makluman, kolam rekreasi ini akan ditutup sementara selama dua hari bagi kerja pembersihan dan pembaikan susulan penggunaan tinggi. Ia akan dibuka semula pada Sabtu, 28 Mac 2026.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kemudahan ini agar terus boleh dinikmati oleh semua. Jangan kerana sikap segelintir, kemudahan yang baik ini terjejas. Hutan Bandar ini milik kita bersama, jadi jaga, hargai dan gunakan dengan sebaiknya,” ujar beliau. – UMNO Online

 

MB Johor Ingatkan Pengunjung Hutan Bandar MBJB Jaga Kebersihan, Kemudahan Awam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker