Polis sedang kenal pasti suspek tampar remaja

Polis sedang kenal pasti suspek tampar remaja

Polis sedang kenal pasti suspek tampar remaja
Farhan yang ditampar seorang lelaki ketika membeli roti di Pasar Seni menunjukkan laporan dibuat di balai polis. – Foto ihsan Muhammad Isa

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek lelaki yang menampar pelajar Tingkatan Satu dalam satu insiden di premis roti di Stesen LRT Pasar Seni, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan warganet.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 susulan penyebaran kes berkenaan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan remaja lelaki berusia 13 tahun cedera ditampar lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya


Farhan Nasir Muhammad Isa, dilaporkan berkata, dia ke premis itu untuk membeli makanan sebelum ditampar lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu, Farhan melihat tiada orang beratur dan kemudian terus ke kaunter untuk membeli roti.

Bagaimanapun, katanya, kemudian datang lelaki tidak dikenali melihat-lihat makanan sebelum tiba-tiba menamparnya di muka.

Polis sedang kenal pasti suspek tampar remaja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker