Perjuangan wakil negara di Masters Orleans berakhir
Perjuangan wakil negara di Masters Orleans berakhir

Kuala Lumpur: Langkah pemain Malaysia pada kejohanan Masters Orleans di Perancis tersekat di pusingan kedua apabila semua empat wakil negara gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir, semalam.
Beregu lelaki yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Kang Khai Xing-Aaron Tai dikejutkan pasangan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer yang menghuni ranking ke-87 dunia selepas tewas 17-21, 13-21 dalam tempoh 32 minit.
Kekalahan itu menyaksikan pasangan Denmark berkenaan mengikat rekod pertemuan 1-1 dengan gandingan negara yang berada di ranking ke-26 dunia.
Sementara itu, perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching turut menerima nasib sama apabila tewas straight set 22-24, 13-21 kepada pemain India, Malvika Bansod yang berada di ranking ke-56 dunia.
Turut kecundang perseorangan lelaki negara, Justin Hoh yang tewas buat kali pertama kepada pemain Taiwan, Su Li Yang selepas lima pertemuan sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hutan Bandar Johor Bahru Wajah Baharu, Tarikan Dibuka Mulai 3 Syawal
- Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina
- Menjelang Aidilfitri: Rancang Perjalanan Balik Kampung Dengan Bijak
Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya
Pemain ranking ke-38 dunia itu tewas 21-16, 17-21, 20-22 dalam pertarungan selama satu jam 15 minit di Palais des Sports.
Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Amerika Syarikat, Lauren Lam-Allison Quynh Lee 23-21, 18-21, 20-22 dalam aksi yang berlanjutan selama satu jam 15 minit.
Perjuangan wakil negara di Masters Orleans berakhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Polis ke-219: Kecekalan, Keberanian Tunjang Kekuatan Pasukan Keselamatan Negara
- Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi
- Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas
You must be logged in to post a comment.