Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Kekuatan sebenar UMNO Bahagian Kepala Batas adalah berdasarkan kepada kebersamaan, kesetiaan dan semangat yang tidak pernah luntur, kata Ketuanya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Perjumpaan Mesra Aidilfitri Pimpinan Empat Peringkat UMNO Bahagian Kepala Batas telah diadakan pada Selasa.

“Alhamdulillah, program Perjumpaan Mesra Aidilfitri Pimpinan Empat Peringkat UMNO Bahagian Kepala Batas yang menjadi tradisi setiap Aidilfitri kembali menyatukan kita semua dalam suasana penuh ukhuwah danKekuatan sebenar UMNO Bahagian Kepala Batas adalah berdasarkan kepada kebersamaan, kesetiaan dan semangat yang tidak pernah luntur, kata Ketuanya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. keberkatan.

“Pada tahun ini, majlis telah berlangsung di The TL House, Puncak Bukit Birut, menghimpunkan lebih 300 kepimpinan UMNO dari pelbagai peringkat. Program dimulakan seawal jam 6.30 petang dengan bacaan tahlil, diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama dalam suasana yang cukup harmoni dan penuh kekeluargaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil


“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Kepala Batas yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini. Kehadiran dan komitmen semua pimpinan amat bermakna dalam memperkukuh kesatuan serta semangat perjuangan kita,” katanya.

 

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

Mengulas lanjut, beliau berharap agar Aidilfitri pada kali ini membawa rahmat, keberkatan yang melimpah ruah di samping mengeratkan lagi silaturahim.

“Sesungguhnya, inilah kekuatan sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas — kebersamaan, kesetiaan dan semangat yang tidak pernah luntur. Tradisi yang telah diasaskan sejak zaman Almarhum Tun Abdullah ini akan terus kita pelihara dan suburkan dari generasi ke generasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin


“Turut bersama dalam majlis ini ialah, Datuk Roslan Saidin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas; Nordin Wahab, Naib Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas; Zainab Bakar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas; Helmi Juhari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas; Farah Izzati Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas; Datuk Ahmad Darus, Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas; Noor Faiz Hassan, Bendahari UMNO Bahagian Kepala Batas; Mohd Naim Salleh, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kepala Batas merangkap Pegawai Penyelaras Kadun Penaga.

“Semoga Aidilfitri kali ini membawa rahmat, keberkatan yang melimpah ruah, serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua,” katanya lagi. – UMNO Online

Kebersamaan, Kesetiaan … Kekuatan Sebenar Keluarga UMNO Kepala Batas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker