Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan

Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan

Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mazalan Maarop berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri dimanfaatkan sebaiknya sebagai medan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata ini kerana Aidilfitri bukan hanya perayaan selepas menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan, malah membawa makna yang lebih mendalam apabila ia menjadi kesempatan untuk saling bermaafan serta memperkukuh hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

“Budaya kunjung-mengunjung serta amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi masyarakat di negara ini wajar diteruskan kerana ia mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Semoga Aidilfitri ini diraikan sebaiknya dan secara sederhana namun penuh makna, selain mengingatkan masyarakat supaya tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau berkata keprihatinan terhadap golongan memerlukan seperti asnaf, warga emas dan anak yatim perlu terus dipupuk agar semangat kebersamaan yang menjadi teras Aidilfitri dapat dirasai oleh semua pihak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil


Dalam masa sama beliau menyeru masyarakat supaya menjadikan Aidilfitri sebagai titik permulaan untuk memperkukuhkan perpaduan serta memupuk nilai hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Semoga Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua, selain menjadi peluang untuk kita terus memelihara keharmonian serta kesejahteraan dalam masyarakat,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Aidilfitri Medan Eratkan Silaturahim, Santuni Golongan Memerlukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker