Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi

Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi

Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi menzahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama keluarga dan masyarakat.

Menurutnya, kehadiran Syawal 2026 membawa makna besar sebagai simbol kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah pada Ramadan, sekaligus menjadi ruang untuk memperkukuh silaturahim sesama insan.

“Alhamdulillah… pejam celik pejam celik, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2026 ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengikuti saya di media sosial, sama ada yang mengenali saya secara dekat mahupun yang pernah berjumpa,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang mungkin pernah dilakukan sepanjang berinteraksi dengan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil


“Di kesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap tindakan atau apa jua kekhilafan yang mungkin mengguris hati semua. Mohon diampunkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fikhran yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu turut mengingatkan orang ramai khususnya anak-anak Kelantan yang akan pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya.

“Kepada anak-anak Kelantan yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, khususnya ke Kota Bharu, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asalkan selamat. Apa yang penting, kita semua dapat menyambut Hari Raya bersama insan tersayang,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi peluang untuk memperkukuh perpaduan dan kasih sayang dalam masyarakat.

“Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Aidilfitri 2026: Syukuri Nikmat Syawal, Perkukuh Silaturahim – Fikhran Hamsi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker