Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya
Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya

LAHAD DATU, 19 Mac – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, menyeru orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, sama ada di rumah mahupun di jalan raya.
Beliau menasihatkan agar semua peralatan elektrik di rumah dipastikan ditutup sebelum meninggalkan kediaman, selain memaklumkan kepada pihak berkuasa atau jiran terdekat mengenai ketiadaan penghuni bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Menurutnya, langkah berjaga-jaga ini penting bagi memastikan keselamatan harta benda sepanjang tempoh ketiadaan.
“Kepada mereka yang balik kampung, pastikan lampu elektrik dimatikan dan laporkan kepada pihak berkuasa ketiadaan anda di rumah. Berhati-hatilah bila memandu, jalan raya tidak mengenal mangsa,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan para pemandu supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika memandu, terutama dalam keadaan trafik yang dijangka sesak menjelang musim perayaan.
“Saya doakan semoga semua yang balik kampung selamat sampai ke destinasi yang dituju,” tambah beliau. – UMNO Online
Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti
- Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid
- ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil
You must be logged in to post a comment.