Menjelang Aidilfitri: Rancang Perjalanan Balik Kampung Dengan Bijak
Menjelang Aidilfitri: Rancang Perjalanan Balik Kampung Dengan Bijak

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO berkata, sambutan Aidilfitri perlu diraikan dengan penuh kesyukuran serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan sahabat handai.
Jelasnya, Aidilfitri merupakan detik bermakna selepas umat Islam menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan menjadi ruang untuk saling bermaaf-maafan.
“Saya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA dan juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.
“Pastikan kita pulang ke kampung dengan selamat, pandu dengan cermat dan raikan Aidilfitri bersama keluarga serta sahabat handai dalam suasana penuh kegembiraan,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan
- Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
- Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin
Beliau berharap sambutan Aidilfitri kali ini dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu bagi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan sahabat handai, namun keselamatan tetap perlu diutamakan.

“Saya ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam, terutamanya ahli-ahli UMNO di seluruh negara Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kepada mereka yang hendak memulakan perjalan balik ke kampung masing-masing terutamanya dari Lembah Klang, ikutlah jadual dan rancanglah perjalanan anda.
“Kita kena beringat bahawa nyawa kita tidak ada di ‘shoppe’, maka berhati-hati dan berwaspada di jalan raya. Jagalah keselamatan dan jangan menyusahkan keluarga dengan ketidaksabaran sendiri.
“Saya harap seluruh ahli keluarga dapat bersama merayakan Aidilfitri yang cukup indah ini tetapi harus juga beringat apabila berbelanja maka berbelanjalah dengan berhikmah dengan kemampuan kita dan jangan lebih-lebih,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
- #PemudaSpeaks Jadi Ruang Dialog Santai Pemuda Damansara
- Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar
Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas
Terdahulu media melaporkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik yang ketara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, mencecah sehingga 2.3 juta kenderaan pada hari puncak sempena sambutan Aidilfitri minggu depan, pertambahan sebanyak 21 peratus berbanding purata harian.
Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata hari puncak perjalanan berkenaan adalah pada 18, 19 dan 20 Mac iaitu sebelum Aidilifitri serta 27, 28 dan 29 Mac selepas sambutan.
Berikutan itu, orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang berpandukan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS dan boleh diakses bagi perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai-Timur 2 (LPT2) di antara 18 Mac hingga 30 Mac 2026. – UMNO Online
Menjelang Aidilfitri: Rancang Perjalanan Balik Kampung Dengan Bijak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti
- Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid
- ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil
You must be logged in to post a comment.