Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina

Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina

Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Kerajaan MADANI terus mengambil langkah proaktif bagi melindungi kebajikan rakyat sepanjang Ramadan hingga menjelang Syawal, terutama dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak awal Ramadan bagi meringankan beban rakyat merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

“Kerajaan MADANI telah mengambil pendirian tegas untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal, khususnya ketika ekonomi dunia berdepan ketidaktentuan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Antara langkah yang diumumkan termasuk pemberian cuti tambahan Aidilfitri, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac 2026, serta bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 berjumlah RM1.3 bilion yang memanfaatkan 5.2 juta penerima.

Selain itu, bantuan khas kewangan turut disalurkan kepada penjawat awam, pesara, veteran serta golongan pengimarah masjid seperti imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru KAFA atau takmir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin


Kerajaan juga menyediakan subsidi tiket penerbangan menerusi inisiatif FLYsiswa sebanyak RM400, menganjurkan hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI, serta menguatkuasakan larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing.

Dalam perkembangan sama, Azalina berkata kerajaan turut bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus pada 18 dan 19 Mac sebagai usaha tambahan membantu rakyat pulang ke kampung halaman.

“Dalam semangat Aidilfitri yang mengangkat nilai ihsan, kerajaan juga akan membebaskan kira-kira 4,000 individu termasuk ibu dan bapa tunggal daripada kebankrapan,” katanya.
Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina

Beliau dalam pada itu turut menyeru rakyat agar terus berbelanja secara berhemah sepanjang Syawal serta mengurus kewangan dengan disiplin.

“Saya menyeru semua rakyat supaya berbelanja secara berhemah dan mengurus kewangan dengan baik sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan masa hadapan,” ujarnya.

Beliau juga mewakili seluruh jentera Kerajaan MADANI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia serta memohon maaf zahir dan batin. – UMNO Online

Kerajaan MADANI Perkukuh Kebajikan Rakyat Sepanjang Ramadan dan Syawal — Azalina

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker