Jemaah solat atas penghadang kaca di Masjidil Haram

Jemaah solat atas penghadang kaca di Masjidil Haram

Jemaah solat atas penghadang kaca di Masjidil Haram
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu menunaikan solat di atas penghadang kaca di Masjidil Haram baru-baru ini. – X

JEDDAH – Seorang jemaah lelaki ditahan selepas menunaikan solat di atas penghadang kaca di Masjidil Haram, kota suci Mekah, lapor portal berita The Siasat Daily.

Kejadian berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @TheSiasatDaily menunjukkan lelaki terbabit dengan selamba melaksanakan solat berjemaah di atas penghadang kaca.

Beberapa jemaah kedengaran menjerit dan memintanya untuk turun ke lantai.

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mengesahkan bahawa jemaah berkenaan telah ditahan dan dibawa ke kawasan lain.

“Perbuatan itu menyebabkan dia terdedah kepada bahaya di samping melanggar arahan keselamatan yang berkuat kuasa di Masjidil Haram,” katanya di platform X. – AGENSI

Jemaah solat atas penghadang kaca di Masjidil Haram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sharif Musa Seru Perantau Utamakan Keselamatan Pulang Berhari Raya

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker