Hutan Bandar Johor Bahru Wajah Baharu, Tarikan Dibuka Mulai 3 Syawal
Hutan Bandar Johor Bahru Wajah Baharu, Tarikan Dibuka Mulai 3 Syawal

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa Hutan Bandar Johor Bahru kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar, selesa dan mesra pengunjung selepas dinaik taraf secara menyeluruh.
Menurut beliau, pelbagai tarikan baharu akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 3 Syawal ini, sekali gus menjadikan kawasan rekreasi tersebut sebagai destinasi lengkap untuk seisi keluarga.
“Pelbagai tarikan menarik menanti pengunjung, antaranya kolam kanak-kanak, flying fox, rope course, taman permainan, nature trail, laman rama-rama serta tapak perkhemahan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.
Tambah beliau, kemasukan ke kawasan Hutan Bandar adalah percuma untuk semua pengunjung, manakala beberapa aktiviti dikenakan bayaran minimum mengikut kategori warganegara dan bukan warganegara.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa aktiviti flying fox dan rope course akan ditawarkan secara percuma selama sebulan sempena pembukaan semula tersebut.
“Hutan Bandar ini telah dinaik taraf dengan peruntukan melebihi RM13.5 juta oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi memastikan kemudahan yang lebih berkualiti, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan
- Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
- Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

Hutan Bandar yang dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam itu dijangka mampu menarik sehingga 2,000 pengunjung setiap hari, selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasa sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz menyeru orang ramai agar memanfaatkan kemudahan tersebut bersama keluarga.
“Ayuh Bangsa Johor, mulai 3 Syawal ini bawalah keluarga dan rakan-rakan menikmati keindahan alam semula jadi serta pelbagai aktiviti menarik di Hutan Bandar Johor Bahru. Semoga ia menjadi destinasi pilihan utama rekreasi dan pelancongan negeri,” katanya. – UMNO Online
Hutan Bandar Johor Bahru Wajah Baharu, Tarikan Dibuka Mulai 3 Syawal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti
- Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid
- ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Hukum Jadi Pilih Kasih: UMNO Perlis Bidas Keras ‘Layanan Istimewa’ – Rozabil
You must be logged in to post a comment.