Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid

Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid

Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan kekal komited memperkasa sektor komoditi getah negara melalui pendekatan strategik, bersepadu dan berimpak tinggi, khususnya bagi memastikan kesejahteraan komuniti pekebun kecil.

Menurut beliau, selaras dengan usaha itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA akan terus memperkukuh peranan sebagai Pembeli Getah Utama (anchor buyer).

“Langkah ini akan meningkatkan purata harga belian getah oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. daripada sekitar RM3.00 kepada RM3.70 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, sebelum ini harga getah di peringkat ladang sekitar RM3.00 sekilogram menyebabkan pekebun kecil dengan keluasan satu hektar hanya memperoleh kira-kira RM750 sebulan.

“Melalui peningkatan ini, purata pendapatan bulanan pekebun kecil dijangka meningkat daripada RM1,125 kepada RM1,387.50, iaitu tambahan sekitar RM387.50 sebulan atau RM4,650 setahun bagi setiap pekebun kecil,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


Tambah beliau, bagi kebun seluas 1.5 hektar, pendapatan boleh mencecah RM1,708 sebulan, manakala keluasan 2.0 hektar ke atas berpotensi mencapai sekitar RM2,278 sebulan.

Dalam masa sama, beliau berkata pelaksanaan inisiatif ini dibuat melalui Program Pengeluaran Getah dengan pelantikan RISDA Plantation sebagai agen pelaksana bagi pembelian getah secara runcit dan berkelompok, selaras dengan peruntukan di bawah Akta RISDA 1972 (Akta 85).

“RISDA turut memperkenalkan pendekatan lebih adil dan telus termasuk penetapan potongan harga maksimum, penambahbaikan insentif berasaskan output serta rundingan harga lebih kompetitif dengan kilang pemprosesan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dalam tempoh pelaksanaan aktif sejak awal Januari 2026, RISDA berjaya mengumpul sebanyak 1,197.77 tan metrik getah pekebun kecil dengan nilai belian RM3.79 juta setakat Februari.

“Ini membuktikan bahawa dasar yang tepat mampu mengembalikan keyakinan pekebun kecil untuk kembali aktif mengusahakan kebun mereka,” katanya lagi.

Mengulas impak jangka panjang, beliau berkata pengeluaran getah domestik berpotensi meningkat sehingga 75 peratus dengan sasaran 300,000 tan metrik pada tahun 2026


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


“Langkah ini amat penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import getah asli yang dianggarkan bernilai RM7.6 bilion pada tahun 2024,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif RISDA sebagai Pembeli Getah Utama merupakan langkah strategik untuk memperkukuh rantaian bekalan tempatan serta meningkatkan pendapatan rakyat desa.

“Kerajaan akan terus memastikan agenda memakmurkan lebih 508,000 pekebun kecil dapat direalisasikan secara menyeluruh, selaras dengan Aspirasi Desa MADANI,” katanya. – UMNO Online

Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid

Perkukuh Industri Getah Negara Melalui Agenda Pembeli Getah Utama – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker