KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti
KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti

SEBAGAI bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian Subang, saya melihat perbahasan ini dari sudut pengalaman dalam parti bukan sekadar persepsi luar.
Dalam politik, kita boleh berbeza pandangan.Tetapi akhirnya, ukuran sebenar tetap dua perkara: rekod dan keupayaan menang.
Khairy Jamaluddin bukan orang luar kepada UMNO. Beliau dibentuk dalam sistem parti dari bawah hingga ke peringkat tertinggi.
Beliau pernah memimpin Pemuda UMNO Malaysia, satu sayap yang paling mencabar kerana berdepan dengan akar umbi secara langsung.
Untuk sampai ke tahap itu, ia bukan soal populariti semata-mata, ia memerlukan sokongan jaringan, kefahaman struktur parti, dan kemampuan mengurus dinamika dalaman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
Dalam pilihan raya pula, beliau membuktikan keupayaan sebenar. Menang tiga penggal di Rembau bukan perkara kecil malah beliau juga ada pengalaman tewas dalam PRU lepas di Parlimen Sungai Buluh, walaupun tewas kena lihat bagaimana kerusi tersebut yang pernah tewas puluhan ribu majoriti dan ketika beliau diberikan mandat sebagai calon, BN tewas pada majoriti yang begitu mengejutkan dibawah 2+++ Majoriti.
Sebagai orang parti, kita faham untuk menang sekali mungkin faktor gelombang. Tetapi untuk menang berulang kali, itu menunjukkan kekuatan jentera, penerimaan pengundi, dan konsistensi.
Dari sudut pentadbiran negara, KJ juga telah melalui beberapa kementerian penting.Kemuncaknya ketika beliau memegang portfolio kesihatan semasa pandemik COVID-19.
Ketika itu, negara berada dalam situasi yang sangat kritikal. Keputusan perlu dibuat pantas, komunikasi mesti jelas, dan keyakinan rakyat perlu dijaga.
Program vaksinasi nasional yang dilaksanakan pada waktu itu adalah antara operasi logistik terbesar dalam sejarah negara. Dan kita berjaya capai kadar vaksinasi yang tinggi dalam tempoh yang relatif pantas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
- #PemudaSpeaks Jadi Ruang Dialog Santai Pemuda Damansara
- Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar
Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas
Ini bukan soal politik ini soal keupayaan mengurus krisis negara.
Hari ini, walaupun beliau berada di luar UMNO, KJ masih relevan. Beliau mempunyai platform sendiri, capaian besar kepada golongan muda, dan masih menjadi rujukan dalam wacana politik semasa.
Dalam politik moden, ini adalah aset besar.
Pengaruh tidak lagi hanya datang dari jawatan tetapi dari kemampuan membentuk naratif.
Berbanding itu, Isham Jalil memainkan peranan sebagai strategis dan komunikator parti sebelum ini. Cuma beza kerana beliau tidak melalui proses perkaderan parti UMNO daripada zaman pemuda. Saya secara peribadi kenal beliau dan memang seorang yang banyak teori politik tetapi secara jujur belum diuji dengan resam dan sepak terajang politik khususnya dilapangan.
Namun jika kita bercakap tentang skala pengalaman memimpin sayap parti, menang pilihan raya, mengurus kementerian, dan mengendalikan krisis nasional perbezaannya jelas.

Ini bukan soal memperkecilkan sesiapa.
Tetapi sebagai orang lama dalam parti, kita perlu jujur melihat realiti.
UMNO hari ini berada dalam keadaan yang mencabar:
• sokongan Melayu tidak lagi solid seperti dahulu
• generasi muda semakin jauh
• naratif parti semakin lemah dalam ruang digital
Dalam keadaan ini, kita tidak boleh bergantung kepada pendekatan lama semata-mata.
Kita perlukan kombinasi:
• pengalaman dalam parti
• rekod pentadbiran
• keupayaan komunikasi moden
Dan pada pandangan saya, KJ mempunyai ketiga-tiga elemen ini.
Sebab itu, perbincangan tentang beliau kembali ke UMNO tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada mana-mana individu.
Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuhkan semula parti.
Dalam politik, parti yang matang bukan parti yang menutup pintu. Tetapi parti yang tahu bila untuk membuka ruang kepada mereka yang masih boleh menyumbang.
Akhirnya, ini bukan soal KJ atau Isham.
Ini soal masa depan UMNO.
Dan sebagai orang yang pernah berada dalam sistem parti, saya percaya satu perkara:
Kita tidak ada banyak masa untuk berpolitik sesama sendiri kita perlu fokus kepada bagaimana untuk kembali menang.
Apa pun saya cukup respect dan salute pendekatan politik YAB Ds Zahid Hamidi dalam agenda penubuhan Rumah Bangsa UMNO ini. Secara jujur ini menunjukan bagaimana cara beliau mengendalikan seni politik yang cukup taktikal dan berjiwa besar dalam memastikan pengukuhan dan penyatuan UMNO.
Jika kita lihat kini diantara semua parti-parti politik yang sedang berantakkan sesama mereka, UMNO secara konsisten terus bergerak memastikan pengukuhan parti dengan bermula daripada dalaman parti RUMAH BANGSA UMNO.
Boleh dikatakan UMNO kini jauh lebih stabil dibandingkan dengan mana-mana parti politik hari ini, ini satu fakta yang benar.
Apapun ayuh kita terus bina kekuatan dan kembali dapatkan kepercayaan serta dokongan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Subang
KJ, Isham & Masa Depan UMNO — Dari Pengalaman Dalam Parti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan
- Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
- Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin
You must be logged in to post a comment.