ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri

ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri

ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri

BEHRANG, 17 Mac – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin mengambil inisiatif turun padang dari satu kampung ke satu kampung bagi menghulurkan sedikit sumbangan menjelang Aidilfitri untuk dikongsi bersama penduduk setempat.

Ujarnya, program edaran tersebut dimulakan di Kampung Poh Bidor sebelum diteruskan ke Menderang, di mana beliau berpeluang bertemu sahabat lama serta penduduk yang menyambut kedatangannya dengan penuh mesra.

Menurut Salina, walaupun sumbangan yang dibawa tidaklah besar, namun ia diharap dapat menceriakan sedikit persiapan penduduk menjelang Aidilfitri.
“Bakulnya mungkin tidak besar, tetapi niatnya supaya ada sedikit rezeki Aidilfitri untuk dikongsi bersama dan membawa senyuman kepada orang kampung menjelang raya,” katanya.

Perjalanan diteruskan ke Pejabat RELA Slim River sebelum singgah di Kampung Bantang dan Kampung Rasau bagi mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ketua-ketua cawangan, sahabat Wanita serta penduduk kampung yang membantu melancarkan proses edaran sepanjang pagi tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri

Salina berkata perjalanan edaran masih diteruskan ke beberapa lokasi lain, namun melihat kegembiraan penduduk kampung menjadi pengubat penat sepanjang program itu.

“Perjalanan hari ini masih panjang, tetapi apabila melihat senyuman orang kampung, penat itu hilang dengan sendiri,” katanya lagi. – UMNO Online

ADUN Behrang Turun Padang Edar Sumbangan Menjelang Aidilfitri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker