UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan

UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan

UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, menegaskan bahawa persepsi bahawa parti itu sedang “mencuba menjadi abang besar semula” adalah salah dan tidak tepat dari segi sejarah dan realiti politik semasa.

Menurut beliau, UMNO merupakan parti yang lebih awal ditubuhkan dan memainkan peranan penting dalam pembinaan asas politik, kestabilan, serta sistem demokrasi negara sejak sebelum kemerdekaan lagi.

“Peranan UMNO bukan soal menjadi ‘abang besar’ tetapi soal memikul tanggungjawab besar dalam menyatukan orang Melayu, membina negara dan memperkasakan bangsa,” katanya yang mengulas berkaitan dakwaan terbabit.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilapor berkata cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO dilihat sebagai cubaan UMNO untuk berkuasa kembali dan menjadi ‘abang besar’ semula.

Mohd Razlan menegaskan bahawa sebahagian parti politik yang wujud hari ini adalah hasil daripada serpihan atau evolusi dalaman UMNO sendiri, yang membuktikan kekuatan akar perjuangan parti itu sebagai rujukan dalam landskap politik Melayu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


Dalam konteks semasa, menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh, UMNO tidak ghairah mengejar gelaran atau dominasi simbolik, sebaliknya fokus utama adalah memperkukuh perpaduan, memastikan kestabilan politik serta menjamin masa depan bangsa dan negara.

“Politik matang menuntut kerjasama dan kebijaksanaan, bukan retorik yang boleh memecah-belahkan. Adalah lebih wajar semua pihak melihat agenda penyatuan dan pembangunan bangsa secara objektif, bukannya menimbulkan polemik yang tidak membawa manfaat kepada rakyat,” tambah beliau.

Mohd Razlan turut menyeru agar semua pihak menumpukan perhatian kepada agenda besar yang memberi nilai tambah kepada generasi muda dan masa depan negara. – UMNO Online

UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker